Saturday, October 18, 2008

Kenali Gigi Anda

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang.
Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap
tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja
artikel ni yek!


Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri
orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak
syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau
mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi
kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.
Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak.
Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini?
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati
dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta
bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa
membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?
Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu
saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak
berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras
kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas,
mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu
diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus
berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada
juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud
pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil,
bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras
kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu,
dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau
ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka
juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.
Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan
sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini
agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum
menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan
kecantikan
yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi
hati
budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai
pun
tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat
memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati
kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga
berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala
merimaskan.
Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain

Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia
menandakan
bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar
diri
mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan
tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga
cukup
pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah
meraih
kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang
kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini
dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka
seorang
kekasih yang hebat!

Doa-Doa Para Nabi


SUATU hari Nabi Sulaiman dan bala tenteranya yang terdiri dari manusia, Jin
dan burung melalui suatu lembah semut. Terdengar-lah oleh Nabi Sulaiman a.s.
akan perkataan raja semut kepada rakyatnya: "Hai semut, masuklah kamu ke
dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak terinjak-injak oleh Sulaiman dan
pasukannya, sedangkan mereka tidak menyedari."
Ertinya:
"Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan
kepadaku dan juga kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan anted soleh yang Engkau
redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang
soleh."
(Al-Naml: 19)
Baik diketahui:
a. Doa di atas adalah doa yang pernah diucapkan oleh seorang Nabi, yang
benama Nabi Sulaiman a.s.
b. Begitu pentingnya peristiwa Sulaiman di atas sampai Allah beritahukan hal
tersebut kepada manusia di belakang hari, iaitu umat Nabi Muhammad SAW.
c. Doa tersebut dicantumkan sebahagian bahagian dari ayat-ayat Al-Quran.
d. Bila kita mengucapkan doa di atas bererti suatu doa, atsar dari Nabi Sulaiman
dan Al-Quran, nilai dan ganjarannya berlipat ganda.
e. Setiap orang pasti mengalami akan hal yang sama dengan peristiwa Nabi
Sulaiman, hanya dalam variasi yang berbeza. Hadith Muslim dengan sumber
yang sama menyebutkan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda; kalau aku
membaca:
Ertinya:
"Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha
Besar."

Doa Nabi Musa a.s.
Manusia, suatu sifat yang selalu ada pada mereka iaitu terlibat pada kesalahan,
baik sengaja atau kerana lalai. Musa a.s. pemah terlibat pada perbuatan
kesalahan. la pernah membunuh salah seorang yang tengah berkelahi.
Kebetulan yang dipukul roboh oleh Musa adalah dari pihak kelompok Firaun
yang terkenal kejam. Setelah terjadi, Musa pun menyedari atas segalanya,
beliau mengadu dan mohon keampunan atas perbuatan yang terpaksa ia
lakukan:
Ertinya:
"Oh Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, kerana itu ampunilah
aku."
(Al-Qasas: 16)

Doa Nabi Ayub a.s.
Allah mentakdirkan bahawa dalam kehidupan manusia akan banyak mengalami
perjuangan, baik diluar mahupun di dalam diri itu sendiri. Umumnyaketika suka,
perjuangan itu tiada terasa, dan bila derita yang terjadi, maka terasa menyesak
dada. Saat-saat seperti itu, tidak pihh siapa manusianya, mereka pasti akan
berusaha, berdoa dan menyerah; kecuali bagi yang beriman, penyerahan dan
doa-harapannya tertuju pada Allah SWT yang Mana Kuasa lagi Maha Maklum
atas segalanya. Allah berfirman:
Ertinya:
"Dan minta tolonglah kamu kepada Allah denganjalan sabar dan solat. Dan
sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi mereka yang khusyuk."
(Al-Baqarah: 45)
Sebahagian ahli menempatkan pengertian sabar ialah usaha yang tidak kenal
lelah, sedangkan kata solat ialah di dalamnya temiasuk doa. Benarlah upaya dan
doa adalah dua penunjang yang tiada boleh diabaikan, bahkan saat-saat upaya
sudah terdesak di jalan buntu, doa masih berfungsi bergerak di luar ruang
lingkup pandangan mata dan pendengaran telinga. Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud:
"Siapa-siapa yang dibukakan baginyapintu-pintu doa bererti
telah dibukakan baginyapintu-pintu rahmat. Tiadalah sesuatu yang dimintakan
seseorang kepada Allah yang lebih dicintaiNya selain daripada permintaan 'afiat.
Adapun doa itu amat bermanfaat terhadap sesuatu (takdir) yang sudah berlaku danjuga
terhadap hal-hal yang belum terjadi. Tidak ada sesuatu yang dapat menolak ketetapan
Tuhan (Qadha') kecuali doa, kerana itu berdoalah kamu."
Demikianlah Nabi Ayyub, ketikabeliau terkena penyakit yang susah sembuh,
beliau tidak putus asa. Beliau tahu dan yakin bahawa setiap penyakit pasti ada
ubat penyembuhannya, hanya saja kadang-kadang pengetahuan manusia belum
menemuinya atau "taufiq" (persetujuan Tuhan) yang belum ada. Demikian saatsaat
yang di luar dugaan mata biasa, di luar jangkauan ilmu pengetahuan,
pertolongan Tuhan itu datang. Nabi Ayyub berdoa, mengadukan halnya kepada
Tuhan Pencipta semesta Alam dan Allah berfirman:
Ertinya:
"Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang
Maha Penyayang di antara semua yang penyayang, maka Kami pun memperkenankan
suaranya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang adapadanya dan Kami kembalikan
keluarganya kepadanya......"
(Al-Anbiya: 83-84)

Doa Musa a.s. Menghadapi Firaun
Nabi Musa a.s. mendatangi Firaun dengan tugas dakwah. Firaun yang terkenal
keras kepala, kejam terhadap rakyat dan bahkan menggunakan segala
kekuasaannya. Firaun inilah yang akan dihadapi oleh Nabi Musa a.s., yang
pernah diasuh Firaun itu berdoa kepada Tuhan, di antaranya adalah:
Ertinya:
"Oh Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, arahkanlah
kekakuan lidahku dan mengertilah kiranya mereka akan perkataanku."
(Thaha: 25-28)
Sering kita dengar seseorang pembicara membaca doa di atas secara keras
ketika ia akan memulai berbicara di hadapan umum. Tetapi akan lebih tepat, bila
doa tersebut dibacakan saja secara perlahan, tanpa perlu didengar umum, akan
yang perlu adalah peribadi kita sendiri. Atau bacakan sebelum naik mimbar atau
seumpamanya.

Doa Nabi Zakaria a.s.
Nabi Zakaria dan keluarganya amat ingin mempunyai anak, walau beliau
memaklumi, bahawa dirinya sudah begitu uzur dan tua. Keadaan demikian
tergambar pada wahyu Allah yang merakam peristiwa ketika ia berdoa:
Ertinya:
"Tuhanku, sesungguhnya tulangku sudah rapuh dan kepalaku sudah memutih uban,
sementara aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan
sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku (yang melanjutkan urusan)
sepeninggalanku, sedangkan isteriku seorang yang mandul. Kerana itu anugerahilah
aku seorang putera di sisiMu yang nantinya akan menjadi waris dari sebahagian
keluarga Yaakub dan takdirkan dianya nanti akan seorang yang diredhai, ya Tuhanku."
(Maryam: 4-6)
Putera puteri dilingkungan keluarga akan menjadi penghujung dalam kehidupan
suami isteri, penghibur rumah tangga, pewaris harta pelanjut keturunan,
penyebar agama, pembentuk kerja dan pemanjat doa bagi kedua orang tuanya.
Demikian penting kehadiran anak dilingkungan keluarga, tidak diragukan lagi.
Untuk itu Nabi Zakaria berdoa mengadu kepada Allah yang Maha Kuasa.
Ertinya:
"Oh Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau
adalah waris yang paling baik."
(Al-Anbiya': 89)
Lalu Allah memperkenankan doa Zakaria dengan lahimya seorang anak, Yahya
a.s.

Doa Nabi Yunus a.s.
Para Nabi adalah utusan Allah kepada manusia. Mereka adalah manusia biasa,
hanya saja diberi Allah wahyu. Pada diri para Nabi Allah terdapat contoh teladan
yang baik untuk ikutan umat. Ada contoh melalui amal perbuatan, ada ajaran dan
anjuran yang dilakukan melalui lisan ada pula melalui sikap.
Pada Nabi Yunus, pengajaran itu terdapat ketika beliau pergi dalam keadaan
marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus a.s.
dipertemukan Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar.
Dalam perut ikan yang gelap gelita itulah, Yunus a.s. berdoa:
Ertinya:
"Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, ya Allah, sesungguhnya aku
adalah termasuk orang yang zalirn "
(Al-Anbia: 87)
Doa Yunus pun didengar Allah, ia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di
pantai. Allah SWT sungguh bijak. Kalau kepada Nabi Yunus Allah berikan
pengajaran kepada umat manusia dengan cara pengalaman yang pahit, lalu
kepada Nabi Muhammad SAW pengajaran umat diberikan melalui pengalaman
baginda terhadap peristiwa Ummi Maktum.

Doa Nabi Adam a.s.
Adam adalah bapa manusia, beliaulah manusia pertama di jagad ray a ini. Kita
wajib menghormati Adam dan Hawa, mendoakannya melalui doa ibu bapa;
bukan sebaliknya melemparkan kutuk atas kekhilafannya tentang dosa
memakan buah khuldi.
Nabi Adam bagaikan Nabi Yusuf juga, sebelum ia ditunjuk pada tugas berat dan
mulia, ia diuji dan dicuba. Ketika Adam nyata berdosa kerana melanggar
larangan Allah, iblis ikut serta terlibat. Ketika Adam dan Hawa bertaubat dan
mengaku kesalahan, maka iblis malah sebaliknya, menentang, siap masuk
neraka dan mengancam akan memusuhi Adam dan keturunannya sampai
kiamat.
Peristiwa Adam atas pelanggarannya telah diceritakan oleh semua kitab suci,
termasuk Al-Quran. Perbezaan kisah terletak, bahawa Al-Quran menceritakan
taubat Adam dan kerana keikhlasan taubatnya, dosanya diampuni Allah dan
ditunjuk turun ke dunia menjadi Khaliffatullah di muka bumi.
Sementara Nasrani menempatkan Adam tetap berdosa dan sebagai sumber
dosa hingga hari kiamat; turun ke dunia dengan berbagai kesengsaraan,
melahirkan anak dan mati sebagai akibat dosa. Kita adalah keturunan orang
bersih. Al-Quran, menceritakan doa Adam dan Hawa:
Ertinya:
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan andaikan Engkau
tidak ampuni kesalahan kami dan tidak Engkau kasihi kami, nescaya kami akan menjadi
orang-orang yang rugi."
(Al-'Araf: 23)

Doa Nabi Ibrahim
Keluarga yang taat kepada Allah adalah idaman hidup. Setiap orang ingin
demikian, walaupun idaman mulia tersebut hams dibina melalui teladan ketua
keluarga yang taat. Keinginan ketumnan yang baik itu bukan saja timbul dari
keluarga yang taat, tetapi juga bersemayam dalam hati ketua keluarga yang
dangkal pengalaman agamanya; kecuali pada lingkungan yang acuh tak acuh.
Betapa banyak ayah yang jarang solat, sering meninggalkan puasa dan
sebagainya, namun mereka menuntut agar anak isterinya menjadi orang baikbaik.
Ketenteraman batin pada sebuah keluarga ditandai oleh keberhasilan
mengumpulkan harta, namun ketenteraman abadi hany a terletak pada rumah
tangga keluaga yang berbudi dan taat pada ajaran agama Mereka hidup taat
dengan ajaran agama, bijak dalam bergaul dan rukun dalam kekeluargaan. Al-
Quran menceritakan, dalam surah Ibrahim ayat 40, betapa kerinduan Nabi
Ibrahim mendapatkan keluarga yang mulia, bijak, taat dan selamat di akhirat:
Ertinya:
"Ya Tuhan, jadikanlah aku dan keturunanku, orangyang tetap menegakkan solat. Ya
Rab, perkenankanlah doa aku. Ya Rabbanaa, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu
bapaku, juga dosa-dosa sekalian orang mukmin pada hari terlaksananya hisab nanti."
(Ibrahim: 40-41)

Doa Nabi Yusuf a.s.
Hidup penuh perjuangan dan perjuangan sentiasa diwarnai ragam pengalaman,
susah, senang, berat ringan dan sebagainya. Orang kaya, orang tidak berpunya,
para penguasa, para nelayan, para petani, para guru dan semuanya memiliki
pengalaman sendiri-sendiri menelusuri orbit hidupnya.
Nabi Yusuf a.s. adalah seorang manusia di antara manusia lainya di muka bumi
Allah yang sejak kecilnya dianugerahi aneka cerita hidup; baik derita batin mahu
pun derita zahir. Beliau adalah putera Nabi Yaakub yang ke 11 dari 12 orang
bersaudara. Mereka suku asli Yahudi (Israil dewasa ini); bangsa yang terkenal di
kalangan bangsa-bangsa sepanjang zaman.
Dulu, lebih kurang 4,000 tahun yang lalu, Yusuf yang masih kanak-kanak itu
diseteru oleh putera-putera Yaakub, saudaranya sendiri. Yusuf mereka
campakkan ke dalam telaga tua. Tidak lain, kerana pada Yusuf terdapat ciri-ciri
akan menjadi manusia mulia.
Untunglah, kemudian Yusuf diselamatkan oleh kabilah, pedagang yang mencari
air. Yusuf mereka bawa ke negeri Mesir, lalu diperjual belikan sebagai hamba.
Dari tangan ke tangan, dari tuan ke tuan lain, akhirnya Yusuf jadi anak angkat
dari suatu keluarga berpengaruh di negeri Firaun yang terkenal dalam sejarah.
Bukan itu saja, tetapi Yusuf mampu menjadi penguasa Mesir yang terkenal
makmur dan adil.
Yusuf, dari masa kanak-kanak hingga menjadi Raja Mesir dan Nabi adalah yang
terkenal cantik, naik darjat dengan menempuhi ragam penderitaan, zahir dan
batin. Berpisah dengan orang tua sejak masa kecil, nyaris mati atas aniaya
saudara-saudara sendiri, masuk dalam penjara dan sekian derita lain yang tidak
sempat dirakam oleh sejarah. Apakah setiap orang mulia harus melewati
pengalaman, ujian dan fimah seperti demikian? Wallahu a'lam.
Yang jelas, setelah Yusuf berkumpul kembali dengan keluarganya, beliau
menyampaikan doa syukurnya:
Ertinya:
"Ya Tuhan, sungguh Engkau telah menganugerahkan daku akan sebahagian kekuasaan
dan juga telah mengajarkan kepadaku akan sebahagian tabirmimpi. Yang Pencipta
langit dan bumi ini, Engkaulah Pelindungku baik di dunia mahupun di akhirat. Wafatlah
aku dalam keadaan Islam dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang
soleh."
(Yusuf: 101)

Beza Antara Lelaki Dan Wanita


" Orang yang beriman itu ialah yang beriman dengan Allah dan RasulNya, kemudian itu tidak ada ragu-ragunya lagi dan mereka berjihad dengan harta benda dan diri mereka sendiri pada jalan Allah. Itulah orang-orang yang benar pengakuannya. (Al-Hujarat:15) " Lelaki Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??! Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??! Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin . Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita - auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. - perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. - saksinya kurang berbanding lelaki. - menerima pusaka kurang dari lelaki. - perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. - wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia semasa mengandung didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Kelebihan Solat Berjamaah Menurut Pandangan Pakar Fizik


Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang mengapa solat berjamaah disyariatkan dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.Menurut profesor itu,tubuh badan kita ini mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif.Dalam perjalanan hidup kita sehari-hari, sewaktu kita bekerja,beriadah atau berehat, kita akan menggunakan tenaga dan dalam proses pembakaran tenaga ini banyak berlaku pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut dalam tubuh kita.Inilah yang menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah selesai menjalankan aktiviti seharian kita.Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita kepada keadaan normal supaya kita kembali segar.
Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan solat berjamaah, dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan teori keseimbangan cas tadi.
Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dalam solat dan fungsinya dalam menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.Semasa kita solat berjamaah,kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.Terdapat pelbagai hikmah disyariatkan seperti itu, namun menurut sains, pegeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas yang berlawanan akan ditarik ke dalam tubuh kita.Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau, dalam kehidupan kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam.Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Jadi, kita hanya memerlukan sedikit sahaja lagi proses pertukaran cas di dalam tubuh kita agar keseimbangan dapat dicapai.Sebab itu solat Subuh didirikan dengan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sekerat hari kita bertungkus lumus bekerja, membating tulang atau memerah otak, cas-cas ini kembali tidak seimbang akibat kehilangan banyak cas dari tubuh.Oleh itu kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas lalu solat berjamaah berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.Oleh sebab itu, solat Zohor didirikan empat rakaat bagi memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama berlaku di sebelah petang, apabila kita mengeluarkan banyak tenaga untuk menyambung tugas, lalu sekali lagi kita kehilangan banyak cas-cas ini.Seperti halnya solat Zohor, maka solat Asar dikerjakan sebanyak 4 rakaat bagi memberi ruang kepada proses pertukaran cas berlaku dengan lebih lama.Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja, pada kebiasaannya, kita akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak menggunakan begitu banyak tenaga dan masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Oleh itu, kita tidak menggunakan tenaga yang banyak.Maka solat Maghrib dikerjakan 3 rakaat adalah logik daripada penggunaan tenaga badan yang kurang daripada 2 waktu yang sebelumnya.
Sekarang timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa pula solat Isya mengandungi 4 rakaat.Menurut logik asal, kita tidak banyak melakukan aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut dijalankan, rupanya terdapat hikmah lain mengapa disyariatkan begitu.Seperti yang kita sedia maklum, kita umat Islam amat digalakkan tidur awal agar kita akan dapat bangun semula disepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajjud.Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa, solat Isya sebanyak 4 rakaat itu akan menyediakan badan kita dengan cas-cas yang seimbang serta memberi tenaga untuk kita bangun pada sepertiga malam, menunaikan solat sunat dan berqiam di pagi yang sunyi dan dingin ...
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah taala itu mempunyai hikmah yang tersirat di dalamnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya beliau dan betapa besarnya pencipta segala pencipta, raja segala raja.Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah taala untuk memeluk agama Islam.

Rahsia Bulan Kelahiran

Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
*Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran * Jika marah padanya, elakkan menengking.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Nadhatus Syabab Wa Fatayat


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Supported by Energy Blog. Powered by Blogger